"Rasulullah
s.a.w bersabda. "Sejahat-jahat manusia pada Hari Qiamat nanti,ialah
org yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di Hari
Kiamat kelak, dia akan mempunyai dua lidah, dr lidah api neraka
jahannam."
Sabda
Rasulullah lagi,Tidak akan masuk syurga org yang suka
membesar-besarkan cerita. "Bila di Tanya apakah hikmah nya baginda
menjawab, Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu
mempunyai lidah, samaada yang boleh berkata-atau tidak boleh
berkata-kata."
Salah seorang sahabat pun bertanya, "Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda
Rasulullah s.a.w, "Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. maka di
perintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepada nya.Semua
malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.Oleh kerana iblis
enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dr syurga
dan dan di hapuskan rupanya yang elok itu, lalu di hantar iblis ke
bumi.Apabila di turunkan ke bumi, iblis terus turun ke laut. Pertama
sekali yang di jumpai oleh iblis ialah ikan."
Iblis
pun menceritakan keburukan kekurangan Adam a.s kepada ikan.katanya
"Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang
yang ada di laut dan juga di darat." Apabila ikan mendengar kata-kata
iblis itu,ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain
berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan
ikan inilah lalu di hilangkan lidah ikan agar tidak menyampaikan berita
yang tidak sebenarnya.
0 komentar:
Posting Komentar
Dalam memberikan komentar harap jangan menggunakan spam atau yang berbau porno, komentar anda sangat kami hormati,,,trims...Hidup Saling Berbagi..