Al-Kahf
[50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi.
Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Azazil
adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah
banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama
80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya
satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana
satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba
itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Maka
menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz
itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat
pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah
sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua
malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat,
agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh
malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada
seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya,
Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas
mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas
pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada
satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah
diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut
mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat
dan terlaknat”
Lalu
Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud
menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat,
sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia
menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam.
Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Israa
[61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia
berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Keengganan
sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila
Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia
dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan
melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.
Maka
terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila
Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta
keturunannya.
Israa
[62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang
Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga
hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat
keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
0 komentar:
Posting Komentar
Dalam memberikan komentar harap jangan menggunakan spam atau yang berbau porno, komentar anda sangat kami hormati,,,trims...Hidup Saling Berbagi..